:
VISI DAN MISI

Visi Sekolah

Menjadi wadah bagi pelajar mendalami ilmu-ilmu Al-Quran, melahirkan insan yang berkualiti serta memahami Islam secara Syumul juga seimbang di antara mengejar kecemerlangan di dunia dengan beramal untuk akhirat serta mempunyai daya juang yang tinggi agar mampu menangani setiap cabaran semasa dengan minda yang positif dan kreatif.

Misi Sekolah

Para pendidik berazam untuk menggembeling tenaga dan keupayaan minda secara kolektif serta penuh iltizam bagi mengangkat martabat pelajar ke arah generasi yang memahami serta menjadikan Al-Quran dan Hadith sebagai panduan. Sentiasa berusaha membimbing para pelajar menjadi individu muslim yang kukuh aqidah serta mengamalkan perkara-perkara yang Ma’aruf dan meninggalkan perkara-perkara yang Mungkar serta menjadi insan yang diredhai Allah S.W.T.